Rabu, 6 Julai 2011
Rabu, 27 Januari 2010

Journey
When the hearts grow weary,
of the travel it has endured,
sometimes one's soul will question,
Is it really worth it?
Time passes by,
with space changed and transformed,
into something we never foreseen,
something we never expected,
something we never intended,
something we would rather leave unsurfaced.
Bu that,
and this,
and those,
Are what makes this journey fruitful,
Shaking your Earth to make it firm,
Altering your views so you could Understand,
Opening your mind so you could Comprehend,
What this Journey is,
How you can traverse it,
and Why you must Choose it.
A new Subuh has Arrived,
and the Call echoes in the frigid air,
How would you rise?
As a person still making his steps in this Journey?
Or would you turn back?
posted by Hazwan (mantan Timb Presiden 2009) via badibkhairiah@gmail.com
Selasa, 26 Januari 2010

Hawa,
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
posted by zinnirah08 (mantan Timb Exco Usrah 2009) via badibkhairiah@gmail.com
Jumaat, 22 Januari 2010
Gambar terakhir kami......
Duduk:
Asyraf,Wan,Tahmid
Berdiri:
Afiq,Ikram,Muiz, Aliff Imran dan Syakirin
Mantan Barisan Kepimpinan Badan Dakwah Dan Khairiah 2009.
Semoga ntum semua berjaya di perjalanan dan kehidupan pasca sekolah.
Berkhidmatlah untuk agama umpama kalian bisa lakukannya di Tanah Waqafan
al-Khairiah...
kepada yang tiada dalam gambar (muslimat)..kalian adalah sebaik-baik hiasan dan semoga hiasan itu akan sentiasa menghiasi hari-hari di dunia dan yang kemudiannya(akhirat).
Syukran kasiran kepada kedua-dua Ustazah yang banyak mengajar kami..jazakallah khairan kasira !!
Khamis, 21 Januari 2010

BIRO TAMRIN DAN KEGIATAN LUAR
BADAN DAKWAH DAN IBADAH 2009
PENGENALAN
Setiap insan diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai seorang hamba dan seorang khalifah.Manusia diberi tanggungjawab untuk mentadbir bumi Allah dan menjadi pemimpin.Bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber,tamrin dan tarbiyyah yang berkesan dan berterusan perlu dibentuk sejak di zaman remaja lagi terutamanya alam persekolahan.Sejarah Islam membuktikan remaja yang dididik dengan nilai-nilai Islam menjadi pemimpin yang agung di masa hadapan.
Organisasi Badan Dakwah dan Ibadah Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah mewujudkan sebuah biro bagi tujuan murni ini.Biro tersebut dikenali sebagai Biro Tamrin dan Kegiatan Luar.Fokus biro ini ialah melatih barisan Exco dan AJK Badib menjadi lebih professional ketika menjalankan tugas-tugas dakwah di sekolah dan luar.
SASARAN
Barisan pimpinan BADIB 2009 (Majlis Tertinggi,Exco dan AJK)
LAPORAN TAHUNAN
Rujuk Lampiran 1
PERANCANGAN
Rujuk Lampiran 2
Lampiran 1
LAPORAN TAHUNAN BIRO TAMRIN 2009
| BIL | TARIKH, TEMPAT | AKTIVITI | FOKUS | EX-OFFICIO |
| 1 | 15 JAN 2009 BILIK MEDIA | MESYUARAT | Membincangkan organisasi dan tentatif untuk PELAPIS | - |
| 2 | 23-24 JAN SMA AL-KHAIRIAH | PELAPIS | Melatih setiap exco dan AJK BADIB menjadi seorang daie yang berinovasi dan sebagai model peribadi muslim | MANTAN KHAIRIAH DAN U.ALI B. DASIR |
| 3 | 13 FEB 2009 MUSOLLA | KULIAH AD-DINI 1 | Pengisian mengenai ‘Amal’ sebagai seorang daie | U. SITI KHADIJAH BT.BAKRI |
| 4 | 27 MAC 2009 MUSOLLA | KULIAH AD-DINI 2 | Pengisian mengenai ‘Manhaj Tarbiyah’ yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian | U. SITI KHADIJAH BT.BAKRI |
| 5 | 6 MEI 2009 BILIK MEDIA | TAYANGAN | Pengisian mengenai ‘Peristiwa yang menunjukkan Hari Qiamat Sudah Hampir’ dan ‘Ta’rif Cinta’ oleh Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz | - |
| 6 | 23 JULAI 2009 PERPUSTAKAAN | KULIAH AD-DINI 3 | Motivasi buat penerus perjuangan Rasulullah dan ulama’ silam | U. NUR HANISAH BT AFANDI |
| 7 | 30 JULAI 2009 KELAS 4 IBNU SINA | KULIAH AD-DINI 4 | Pengisian mengenai ‘Perjuangan dan kejayaan exco & AJK BADIB yang berada di IPTA/IPTS atau lain-lain’ | U. NUR HANISAH BT AFANDI |
| 8 | 6 OGOS 2009 KELAS 4 IBNU SINA | PLAN | Perancangan 5 tahun akan datang yang perlu difikirkan oleh Think Thanker | U. NUR HANISAH BT AFANDI |
| 9 | 17 SEPTEMBER 2009 BILIK BADIB | KULIAH AD-DINI KHAS | Latihan kemahiran mengenai penggunaan Microsoft Publisher untuk pembuatan majalah. | - |
Lampiran 2
PLAN PROGRAM SETERUSNYA
| BIL | AKTIVITI | OBJEKTIF | SASARAN |
| 1 | TEAM BINA INSAN | Muhasabah diri sebagai hamba yang dhoif | Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah |
| 2 | HARI KELUARGA BADIB | Mengeratkan silaturahim antara guru penasihat, exco dan AJK BADIB | Semua Exco & AJK BADIB |
| 3 | QIYAMULLAIL | Mempraktikkan amalan sunnah | Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah |
| 4 | IFTAR RAMADHAN | Menghayati bulan Ramadhan | Semua Exco & AJK BADIB |
| 5 | RISALAH TAMRIN | Tazkirah dan cambahan ilmu | Semua Exco & AJK BADIB |
| 6 | FASTING IS SUNNAH | Mempraktikkan amalan sunnah | Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah |
| 7 | JAMUAN WIDA’ | Mahabbah | Semua Exco & AJK BADIB |
HARAPAN
Biro Tamrin dan Kegiatan Luar tahun ini berharap para pemimpin BADIB sudah bersedia untuk meneruskan usaha-usaha dakwah di peringkat yang lebih tinggi dan berterusan megamalkan amalan-amalan sunnah dalam kehidupan seharian.
Akhir sekali,diharapkan Biro Tamrin dan Kegiatan Luar pada tahun hadapan dapat meningkatkan prestasi kerja yang lebih cemerlang demi masa depan Islam yang gemilang.Segala kebaikan datang daripada Allah S.W.T dan segala kelemahan datang daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan kepada diri kami sendiri.Sekian,terima kasih.
MAJU BERSAMA ISLAM
Yang menjalankan amanah,
………………………………………..
(AHMAD SYAKIRIN BIN MUHAMMAD ADIB)
Exco Biro Tamrin dan Kegiatan Luar
Badan Dakwah dan Ibadah
SMA Al-Khairiah Temerloh
………………………………………..
(KHAIRUN NISYA BT HJ SHAHARUM)
Timbalan Exco Biro Tamrin dan Kegiatan Luar
Badan Dakwah dan Ibadah
SMA Al-Khairiah Temerloh
Rabu, 20 Januari 2010

Alhamdulillah..
The All-New Declaration And Annoucement of the highest commitees had been done.
al-Akh Tahminuddin is the new feature as the first Chairman of Badan Dakwah.Well, before him, the head of this entity had been called as the President.The tittle itself had been changed in order to mederate the job and the task given so as the name of "president " is not more than a perceptional burden to most students.
Al-AKh Usamah will be on the chair of Vice-Chairman 1 while al-Ukht Sakinah will occupy the vacancy of Vice-Chairman 2.Next, al-Akh Aliff Imran as the Secretery and al-Ukht Nadia Aisyah as the Honourary Treasurer.
Selasa, 22 September 2009
Isnin, 21 September 2009

Menjadi pemimpin bukan mudah. Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.
Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.
Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.
Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:
“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”
“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”
“Kemudian itu ingatlah ya Amirul Mukminin akan maut dan apa yang akan kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persedian paduka agaknya sedikit, orang yang akan menolong paduka tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”
“Ketahuilah pula ya Amirul Mukminin, bahawa paduka akan tinggal dalam sebuah rumah yang tidak serupa dengan rumah yang paduka diami sekarang. Lama sekali paduka akan mengeluh di sana, dan tidaklah seorang juga yang akan menemuinya, hanya tinggal seorang diri dalam kesunyian."
"Oleh sebab itu berkemaslah dari sekarang dan bersiaplah. Kerana perkemasan dan persiapan yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.”
“Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan hati-hati, akan suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.”
“Maka sekarang ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan saksama, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus angan berhenti:
Jangan paduka menghukum atas hamba Allah dengan kebodohan, jangan paduka bawa mereka ke jalan aniaya, jangan diangkat orang-orang yang takbur menjadi pegawai, memerintah orang yang lemah. Sebab mereka menjatuhkan perintah dengan sesuka hati dan semahu-mahunya saja. Kelak padukalah yang akan menanggungjawab atas dosa mereka, dan yang bertali dengan itu, dikumpulkan dengan dosa paduka sendiri.
Janganlah paduka terpedaya oleh tipuan orang-orang yang menelah nikmat kesusahan paduka. Mereka makan segala yang enak-enak di dunia, supaya paduka menelan segala kesusahan di akhirat.
Jangan paduka berbesar hati lantaran mempunyai kekuatan pada diri ini, tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan paduka diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!”
“Adapun patik sendiri ya Amiru Mukminin, meskipun nasihat patik ini tidak sebagus nasihat-nasihat orang-orang yang lebih muda daripada patik pada zaman dahulu, namun patik amat cinta kepada tuanku dan amat ikhlas. Oleh sebab itu pandanglah isi surat patik ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.”
Dipetik dari Lembaga Hikmat, karya Hamka
credit to YB Zinnirah for her valued contribution
Rabu, 16 September 2009
.jpg)
Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.
Kewujudan website dakwah2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.






